Thursday 19 June 2014

Tekun Nasional


tekun nasional

Sejarah Penubuhan TEKUN Nasional
TEKUN Nasional atau nama lainnya Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga adalah merupakan salah satu badan di bawah Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani. Sejarah penubuhan TEKUN Nasional bermula hasil daripada Konvensyen Ekonomi Bumiputera Pulau Pinang pada 1994 yang bertujuan untuk memperuntukkan bantuan berupa modal tambahan bagi usahawan kecil Bumiputera dalam membangunkan perniagaan dengan lebih mudah dan cepat. TEKUN menjadi lebih luas apabila pada tahun 1995, Universiti Sains Malaysia menjalankan projek perintis Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) di Pulau Pinang dan seterusnya projek tersebut dilaksanakan pula di daerah Jeli di Kelantan pada 1996 dan Besut Terengganu pada 1997. Melihat kepada kejayaan TEKUN dalam projek-projek yang dijalankan, maka pihak kerajaan telah sebulat suara memutuskan bahawa TEKUN akan diperluaskan di seluruh negara atas tujuan membantu usahawan-usahawan kecil Bumiputera. Bagi memastikan usaha TEKUN dapat diteruskan, Yayasan TEKUN Nasional telah ditubuhkan lantas diletakkan di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD) pada 9 November 1998 dan mula menjalankan operasi seawal 1 Febuari 1999.
Bermula daripada tarikh ini, TEKUN dapat berdiri dengan teguh dan mendapat sokongan penuh daripada pihak kerajaan. Penambahbaikkan TEKUN terus dilakukan apabila pada 12 Febuari 2008, Yayasan TEKUN telah diberi nama baru iaitu TEKUN Nasional yang berfungsi dalam aspek pembangunan keusahawanan dan memberi perkhidmatan sokongan selain terus menjadi agensi yang memberi pembiayaan kepada usahawan-usahawan kecil Bumiputera. Akhir sekali, tanggal 1 April 2009 kerajaan telah meletakkan TEKUN Nasional di bawah tanggungjawab Kementerian Pertanian & Asas Tani. Apa yang pasti, sehingga kini TEKUN telah banyak membantu mana-mana usahawan Bumiputera yang ingin membina perniagaan masing-masing.
Fungsi dan Matlamat TEKUN Nasional
TEKUN Nasional secara umumnya berperanan untuk menyalurkan bantuan berupa pembiayaan modal bagi memulakan perniagaan. Akan tetapi, fungsi TEKUN tidak hanya terhad setakat itu sahaja, TEKUN juga mempunyai beberapa peranan yang lain seperti berikut :
  • Menyediakan maklumat-maklumat berkaitan keusahawanan serta peluang-peluang perniagaan yang sedia ada.
  • Memberi khidmat bimbingan dan sokongan kepada semua para usahawan yang menyertai TEKUN.
  • Memastikan komuniti usahawan TEKUN mempunyai daya usaha yang tinggi, inovatif, dan progresif serta jaringan perniagaan.
  • Menanam budaya keusahawanan dalam kalangan masyarakat Malaysia.
  • Menggalakkan budaya menabung dalam kalangan usahawan TEKUN.
Bagi tahun 2011, TEKUN Nasional telah menetapkan 7 matlamat utama yang perlu dilaksanakan dengan sebaiknya pada tahun ini.
  1. Memastikan dana TEKUN disalurkan kepada peminjam dan Perniagaan Tulen dan yang harus diberi keutamaan dengan kaedah yang lebih berkesan.
  2. Mempertingkatkan bayaran balik pinjaman serta memperhebatkan usaha-usaha untuk mengutip hutang dengan pendekatan yang lebih berkesan dan agresif.
  3. Membangunkan modal insan bagi melahirkan warga kerja TEKUN Nasional yang berintegriti, cekap dan produktif.
  4. Memajukan usahawan TEKUN, menjalin hubungan lebih erat di antara pegawai TEKUN dengan usahawan serta menubuhkan Kelab Komuniti Usahawan TEKUN.
  5. Memantapkan system penyampaian, struktur dan prosedur operasi TEKUN Nasional serta mengamalkan tadbir urus koprat yang terbaik.
  6. Membangunkan sumber dana TEKUN dan mewujudkan Tabung Amanah Pembangunan Ekonomi Rakyat 1Malaysia.
  7. Mewujudkan jalinan strategic di antara TEKUN dengan jabatan, agensi, institusi & NGO yang lain serta syarikat korporat untuk kepentingan bersama.
Ketujuh-tujuh matlamat yang disasarkan oleh TEKUN ini adalah bagi memastikan segala operasi dan persediaan untuk membantu para usahawan dapat diteruskan dan dijalankan dengan lebih baik dan berkesan untuk jangka masa akan datang.
TEKUN Nasional turut menyediakan beberapa kemudahan lain untuk mempertingkatkan lagi taraf keusahawanan di negara kita. Antara langkah yang diambil oleh TEKUN ialah menubuhkan Pusat Pembangunan Usahawan. Boleh dikatakan bahawa Pusat Pembangunan Usahawan ini berada di seluruh negara dengan terdapat lebih kurang 11 buah pusat sahaja yang dibina. Tujuannya adalah untuk memberikan perkhidmatan yang lebih baik dan cekap kepada rakyat khususnya kepada masyarakat Bumiputera. Antara objektif lain Pusat Pembangunan Usahawan ialah:
  • Memberikan maklumat mengenaim peranan yang dimainkan dan perkhidmatan yang disediakan oleh pihak kementerian serta agensi-agensi di bawahnya dalam misi melahir dan memajukan usahawan di Malaysia serta memupuk semangat dan budaya keusahawanan dalam kalangan rakyat di negara ini.
  • Memberikan maklumat tentang peluang-peluang perniagaan yang ada dan penjanaan pendapatan yang boleh diceburi oleh masyarakat Bumiputera dari kawasan sekitarnya.
  • Menjadi pusat rujukan, perkhidmatan, dan sokongan kepada para usahawan dan bakal-bakal usahawan.
  • Menjadi pusat untuk mewujudkan jaringan dalam kalangan para usahawan yang sedia ada di kawasan sekitarnya.
  • Menjadi pusat untuk bermacam-macam aktiviti dan kegiatan dalam bidang keusahawanan dan pembangunan usahawan setempat.
Pusat Pembangunan Usahawan mula ditubihkan sekitar tahun 2008 di lokasi-lokasi yang strategic supaya mudah untuk di kunjungi oleh para usahawan yang ingin mendapatkan khidmat nasihat dan info-info keusahawanan yang ditawarkan di Pusat Pembangunan Usahawan. Lokasi-lokasi Pusat Pembangunan Usahawan adalah di Bandar Tasik Selatan sebagai ibu pejabat, Tasek Gelugor (Pulau Pinang), Kota Kinabalu (Sabah), Pertama Kompleks (Wilayah Persekutuan), dan Kluang (Johor), Ipoh (Perak), Johor Bahru (Johor), Kuching (Sarawak), Temerloh (Pahang), dan Kota Baharu (Kelantan).
Syarat-Syarat dan Prosedur Pinjaman
Daripada aspek pembiayaan pula, TEKUN Nasional telah menggariskan beberapa syarat yang mesti dipatuhi oleh semua para peminjam. Jumlah pinjaman yang dibenarkan oleh TEKUN adalah dari RM500.00 hingga ke RM50,000.00 dan konsep pembiayaan yang diperkenalkan oleh TEKUN adalah dalam bentuk pembiayaan mudah. Tempoh selama 1 bulan sehingga 5 tahun ditetapkan oleh TEKUN sebagai tempoh pembayaran semula pinjaman yang dilakukan. Namun, TEKIUN Nasional mengenakan caj bagi perkhidmatannya sebanyak 4 peratus.
Selain itu, pihak TEKUN Nasional turut menetapkan bidang-bidang perniagaan yang tertentu bagi para peminjam. Antaranya ialah dalam sektor:
  • Peruncitan & Perniagaan
  • Perkhidmatan
  • Pertanian
  • Penternakan dan Akuakultur
  • Pembuatan
  • Pendidikan
  • Pengangkutan
  • Pelancongan dan rekreasi
  • Pemborongan
  • Pembinaan kecil
Hanya usahawan-usahawan bagi bidang-bidang yang disenaraikan ini sahaja yang dibenarkan untuk membuat pinjaman dengan TEKUN Nasional. Selain daripada bidang-bidang ini tidak dibenarkan dan sektor-sektor tersebut juga merupakan antara syarat-syarat yang perlu dipatuhi oleh para usahawan.
Setelah permohonan untuk pembiayaan dilakukan, beberapa proses dan prosedur bagi meneliti permohonan tersebut dilakukan oleh pihak TEKUN Nasional.
  • Permohonan diproses dan disahkan oleh Pejabat Kawasan sebelum dihantar terus ke Ibu Pejabat untuk kelulusan.
  • Bagi permohonan dari Skim Rakan Niaga, boleh dihantar terus ke Ibu Pejabat atau Pejabat Kawasan untuk kelulusan.
  • Proses kelulusan mengambil masa selama 14 hari bekerja.
  • Usia peminjam mestilah diantara 18 hingga 65 tahun sahaja.
  • Semua pembiayaan tidak memerlukan kepada penjamin.
  • Lebih daripada seorang dalam satu isi rumah boleh mendapat pembiayaan dengan syarat berlainan jenis perniagaan.
  • Pemohon yang mempunyai pembiayaan sedia ada dengan agensi kerajaan atau institusi kewangan yang lain yang melebihi RM50,000.00 adalah tidak layak.
  • Pembiayaan dibawah RM5,000.00 tidak perlu mengemukakan daftar perniagaan, kecuali yang berniaga di bawah kawasan PBT yang memerlukan permit.
  • Pembiayaan di bawah RM5,000.00 boleh dipertimbangkan bagi pemohon yang berniaga secara sambilan.
Sekiranya mana-mana ketetapan yang dinyatakan oleh pihak TEKUN Nasional ini tidak ditepati oleh para pemohon, maka proses untuk kelulusan permohonan pembiayaan akan sedikit terganggu.
Kemudahan yang disediakan TEKUN Nasional
Bagi memudahkan lagi masyarakat yang ingin membuat pinjaman dengan TEKUN Nasional, perkhidmatan Permohonan Pinjaman TEKUN Atas Talian diperkenalkan. Para peminjam dikehendaki melengkapkan beberapa butir yang perlu dalam borang permohonan dan had pinjaman yang dibenarkan melalui permohonan atas talian adalah seperti biasa iaitu daripada RM500.00 ke RM50,000.00. Melalui perkhidmatan permohonan atas talian yang disediakan, prosedur untuk melakukan pinjaman dengan TEKUN Nasional dapat menjadi lebih cepat dan mudah.
Selain itu, TEKUN Nasional turut menyediakan satu perkhidmatan lain iaitu TEKUN Mobile. TEKUN Mobile bertujuan untuk meningkatkan lagi sistem penyampaian info-info berkaitan melalui cara turun padang dan mesra usahawan. Matlamat TEKUN Mobile dilihat selaras hasrat kerajaan untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik dan cekap kepada masyarakat awam khususnya Bumiputera. Beberapa peranan dan objektif TEKUN Mobile, iaitu:
  • Membantu golongan pertengahan yang mengalami kesukaran ke Pejabat Kawasan Parlimen TEKUN.
  • Memudahkan urusan dan memantapkan lagi sistem penyampaian terutama bagi para usahawan.
  • Merupakan perkhidmatan mesra usahawan dengan memfokuskan kepada mana-mana lokasi yang sering menjadi tumpuan masyarakat.
  • Memberi khidmat bimbingan, sokongan dan jaringan perniagaan.
  • Menyelaras maklumat yang diterima daripada pelanggan dan mencadangkan penambahbaikan kepada sistem penyampaian TEKUN Nasional.
  • Menjalankan aktiviti turun padang untuk menggalakkan usahawan dan bakal usahawan menerima maklumat yang lebih terpeinci.
  • Memberi penerangan dan mempromosikan produk dan perkhidmatan yang disediakan oleh pihak Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan agensi-agensi dibawahnya serta sentiasa mengemaskini maklumat-maklumat yang terkini.
TEKUN Nasional telah mempunyai 8 unit TEKUN Mobile sehingga 31 November 2010 dan menjalankan operasi di Ibu Pejabat, Selangor, Kedah, Perak, Johor, Terengganu, Sabah dan Sarawak. Usaha dan komitmen yang ditunjukkan oleh pihak TEKUN Nasional nyata begitu memperlihatkan kesungguhan mereka untuk membantu golongan usahawan Bumiputera di Malaysia.
Pihak TEKUN Nasional turut menyediakan Jadual Bayaran Balik Pinjaman bagi memudahkan para usahawan untuk melakukan pembayaran semula kepada TEKUN. Dalam jadual tersebut, TEKUN menyediakan sebanyak 10 skim pembayaran semula mengikut tempoh bayaran semula pinjaman. Contoh, Skim 1 adalah untuuk pembayaran semula yang perlu dilakukan dalam tempoh enam bulan, skim-skim yang lain adalah seperti berikut:
  • Skim 1 : 6 bulan
  • Skim 2 : 12 bulan
  • Skim 3 : 18 bulan
  • Skim 4 : 24 bulan
  • Skim 5 : 30 bulan
  • Skim 6 : 36 bulan
  • Skim 7 : 42 bulan
  • Skim 8 : 48 bulan
  • Skim 9 : 54 bulan
  • Skim 10 : 60 bulan
Skim-skim ini juga mengenakan caj pengurusan sebanyak 4% setahun dan simpanan peminjam sebanyak 5% daripada jumlah pinjaman dalam setahun.
Kesungguhan TEKUN Nasional menarik lebih ramai golongan Bumiputera untuk menjadi usahawan wajar dipuji. Sepanjang TEKUN Nasional menjalankan operasinya, ramai usahawan telah dibantu dan berjaya dengan perniagaan masing-masing. Bagi mana-mana pihak atau individu yang mempunyai sebarang aduan, masalah atau pertanyaan, TEKUN Nasional ada menyediakan boring aduan atas talian dan pihak TEKUN akan memberi maklumbalas dengan kadar yang segera. Kepada semua para peminjam yang berurusniaga dengan TEKUN Nasional, lakukanlah pembayaran semula dalam tempoh yang telah ditetapkan agar segala usaha untuk membantu usahawan-usahawan Bumiputera yang lain, dapat berjalan dengan lebih lancar.

1 comment:

  1. Suami saya dan saya mempunyai kredit yang sangat buruk apabila kita mendalam kepada ahli hukum kewangan sehingga sejauh mana kita memohon kebankrapan, kita mempunyai sedikit atau tidak ada wang untuk menghantar anak perempuan kita ke emily ke kolej yang kita tidak mampu. Kami mengawal pinjaman gaji (syarikat pinjaman), yang telah membantu orang seperti kita, mendapat perubahan gadai janji. Setiap syarikat yang dihubungi kami mahu bayaran sebelumnya $ 1,000 hingga $ 2,000 yang kami tidak mampu. Kerana kami fikir kami tidak mempunyai harapan memilih untuk menjual atau kehilangan rumah anda dengan menutupnya. Kemudian saya berjumpa dengan majalah tempatan dan penutupnya ialah Perbadanan Ikatan Pinjaman. Tiga langkah utama; 1. Anda menghantar permohonan elektronik. E-mel: albakerloanfirm@gmail.com 2. Sediakan cara pengenalpastian yang betul sama ada warga negara anda memegang kad pengenalan atau lesen memandu dan maklumat akaun bank anda. 3. Pinjaman diproses, diluluskan dan dihantar. Cerita panjang dipendekkan, mereka membantu mendapatkan pinjaman pada kadar tetap 4% dan diubahsuai dengan pembayaran yang disemak semula. Mereka juga memberikan pinjaman anak-anak perempuan mereka untuk menyelesaikan gaji penuh kolej saya. Kami bekerja dengan pinjaman Lasson, yang memberi amaran kepada kami tentang kemajuan seluruh dunia. dia melakukan semua dokumen, panggilan telefon, dll. Mereka melakukan semuanya dan kami mendapat pinjaman yang kami terima. Apabila saya bersetuju dengan terma pinjaman mereka dan saya menyerahkan butiran bank saya, saya membayar harga yang berpatutan untuk perkhidmatan ini. Kita tidak akan mampu untuk mendapatkannya semudah dan berpatutan kerana melalui proses transformasi mereka dengan pengetahuan kita. Saya tidak mempunyai masa untuk mengucapkan terima kasih, jadi TERIMA KASIH! Saya tidak dapat meminta pasukan yang lebih baik. Saya dikemas kini dengan pembiayaan semula. Terbaik untuk anda, gadai janji bergerak Jika anda mempunyai masalah seperti kami, hubungi syarikat penyelesaian pinjaman. Mereka boleh bekerja. Yang ikhlas, Timothy dan Maria mengamalkan Keselamatan 5, 2018 di Columbus, GA

    ReplyDelete