Saturday 14 June 2014

Pinjaman ditolak sebab komitmen

2014. Komitmen atau DSR adalah dilema yang sering dihadapi para pemohon semasa memohon pinjaman peribadi dari bank-bank. 

Semua pembayaran pinjaman diluar daripada slip akan diambil kira sebagai liabiliti atau komitmen, tetapi pendapatan sampingan diluar daripada slip gaji tidak boleh di ambil kira sebagai kelayakan. 
 
DSR atau Komitmen adalah pengambilan semua pembayaran didalam dan diluar daripada slip gaji terkini dan ia dianggap sebagai faktor utama semasa mengira jumlah pembiayaan yang anda layak. 

Sebelum Ogod 2013, para pemohon boleh dapat kelayakan dan kelulusan bergantung kepada butiran-butiran dalam slip gaji sahaja. Kini bank-bank dikehendaki oleh Bank Nagara untuk semak jumlah komitmen luar daripada slip gaji semasa membuat pengiraan kelayakan. 



Kesan komitmen luar (bergantung ke jumlahnya) mungkin akan mengurangi jumlah pinjaman yang anda layak (reduced loan) atau sekaligus menyebabkan anda tidak layak buat pinjaman.

Contoh:
  • Gaji Pokok + Elaun = RM3,500
  • Potoangan = RM500
  • Gaji Bersih = RM3,000

Berdasarkan slip gaji sahaja, anda layak buat pinjaman dengan ansuran RM1,600, tempoh pembayaran RM10 tahun & jumlah pinjaman RM139,200.
Tetapi apabila bank-bank buat semakan sejumlah komitmen luar, ternyata kelayakan anda menjadi negatif disebabkan pinjaman perumahan RM800, pinjaman kereta RM650 dan kad kredit RM500 !

Bank-bank akan ambil kira semua pembayaran yang diatas nama anda, walaupun  komitmen itu adalah dibiayai oleh pihak keitga.  Contoh: Anda mempunyai pinjaman kereta diatas nama anda, yang dibiayai dan dipakai oleh adik anda. Mungkin kerana adik anda tidak mempunyai syarat yang cukup untuk memohon pinjaman kereta dan dia minta tolong anda untuk pakai nama anda buat pinjaman tersebut.
Sekarang adalah masa untuk anda membeli rumah dan ternyata permohonan anda ditolak disebabkan pinjaman kereta yang anda ambil dua tahun yang lalu!


Credit

No comments:

Post a Comment