Thursday 19 June 2014

Jika Anda Nak Berhutang Untuk Bisnes, Baca Ini Dulu

accounting-calculator-and-files-90360
Apakah hutang? Hutang dalam bahasa Arab di sebut Qardh iaitu bermaksud potong. Hutang dari segi istilah bermaksud memberi hak milik sesuatu barangan kepada orang lain dengan syarat apabila sampai tempoh orang tersebut akan memulangkan semula barangan yang diambil atau memberi barang yang mempunyai persamaan kepada yang memberi pinjaman tadi. Hutang sememangnya seperti pedang mata dua. Sekiranya bijak menggunakannya, anda dapat menaikkan keuntungan dan mendapat faedah kewangan jangka panjang. Jika salah guna, anda bukan hanya tercedera bahkan boleh membawa maut! Jadi, sebelum “pedang dihayun”, pastikan anda menguasai pergerakan serta mampu memikul akibat dari hayunan itu.
Setiap usahawan itu akan terdedah kepada hutang sepanjang proses perniagaan mereka. Jika berniat berhutang kerana hendak memulakan perniagaan, apa yang dapat diminimumkan ialah faedah yang dikenakan ke atas pendapatan perniagaan, lantas memberikan usahawan itu tadi pengecualian cukai pendapatan daripada pihak kerajaan. Selain itu usahawan juga berhutang dengan pihak bank untuk mengembangkan lagi perniagaan mereka. Dalam kes ini, hutang dijadikan sebagai medium untuk menghasilkan lebih kekayaan dan sekali gus usahawan tadi mempunyai modal yang mencukupi untuk membesarkan lagi perniagaan mereka. Harus diingatkan pinjaman boleh menjadi produktif, sebagai aktiviti yang akan menjana kekayaan, atau ia akan juga boleh menjadi beban kepada peminjam.
Lumrahnya kita dididik jangan berhutang. Hutang selalunya dikaitkan dengan perkara-perkara negatif, tidak berfaedah dan tidak produktif yang akan membebani si peminjam. Ini adalah tidak benar kerana hutang boleh digunakan secara produktif oleh setiap individu, peniaga mahu pun badan-badan kebajikan. Pertama sekali, kita perlu mengenal pasti 2 kategori utama hutang iaitu:
HUTANG YANG MEMBERI HASIL
  1. Jika meminjam wang untuk membentuk satu aliran pendapatan yang boleh menyumbang kepada pembayaran balik hutang. Contohnya, peminjam melakukan pinjaman untuk membeli bangunan yang kemudiannya disewakan. Setiap bulan wang daripada hasil sewaan akan disimpan, sehinggalah bayaran pinjaman pembelian bangunan diselesaikan. Keuntungan selepas itu akan menjadi total profit kepada peminjam tadi.
  2. Jika meminjam wang untuk membeli rumah, dan bercadang tinggal di rumah tersebut, sekurang-kurangnya peminjam akan dapat mencapai pulangan-modal sepanjang masa melalui peningkatan nilai rumah. Ia juga akan menyelamatkan peminjam dari membayar sewa sekiranya tidak membeli rumah.

No comments:

Post a Comment