Thursday 5 February 2015

APAKAH ITU BAJET?



Perancangan Kewangan penting untuk mengecapi kejayaan dari segi kewangan. Sekiranya seseorang individu tidak mengamalkan perancangan kewangan, maka dia cenderung membelanja lebih daripada pendapatan dan ianya akan menyebabkan individu tersebut berhutang. Untuk mengelak daripada berhutang dan membuat pinjaman, kita perlu merancang cara menggunakan gaji. Cara paling baik untuk menggunakan gaji adalah membuat rancangan kewangan yang baik. Rancangan kewangan inilah yang dipanggil bajet.

Bajet adalah perancangan peribadi kita tentang bagaimana kita akan membelanjakan pendapatan kita. Ianya ialah satu catatan yang terdiri daripada pendapatan tetap, yang kita peroleh setiap akhir bulan dan catatan perkara-perkara yang akan perlu dibayar atau perlu dibeli setiap bulan. Baki di antara kedua-dua catatan inilah merupakan wang yang mesti disimpan untuk menuju kekayaan.

Amalan membuat bajet kunci ke arah pengurusan wang peribadi kita kerana dua perkara:
Bajet memaksa kita memikirkan objektif kewangan jangka pendek dan jangka panjang. Tanpa objektif kita tidak akan mencapai kejayaan.
Ianya memberitahu kita bagaimana wang itu patut dibelanjakan. Ini membantu kita supaya tidak membelanja tanpa berfikir.
Ianya membantu kita menabung.

Menjadi kaya bukan bererti seseorang itu mempunyai gaji yang lumayan, tetapi kita boleh menjadi kaya dengan bijak menggunakan wang yang kita ada. Sebaliknya individu yang bergaji tinggi boleh menjadi miskin dan terjebat dalam pinjaman kerana tidak membuat perancangan kewangan. Dalam suratkhabar pun kita ada membaca bagaimana artis, usahawan malah individu-individu dengan gelaran datuk pun membuat pinjaman peribadi daripada ah long.

No comments:

Post a Comment