Monday 19 January 2015

CARA MENYEMAK CCRIS REPORT

Pemohon yang nama dimasukkan dalam senarai blacklist CTOS, CCRIS atau Bankrapsi oleh mana–mana bank atau institusi kewangan sebenarnya memang TIDAK layak memohon apa jua pinjaman peribadi. namun di sini KAMI akan cuba sedaya upaya untuk menolong anda.


Apa itu CCRIS

Kebanyakan institusi kewangan di Malaysia akan menghantar maklumat dalam bentuk laporan bulanan berkenaan kesemua pinjaman yang telah diberikan kepada pelanggan mereka kepada Credit Bureau (Jabatan Kredit) di Bank Negara Malaysia.CCRIS (Central Credit Reference Information System) adalah sistem pangkalan data berkomputer yang menyimpan maklumat yang telah dilaporkan oleh setiap institusi kewangan. Terdapat lebih kurang 9 Juta maklumat pinjaman peminjam di Malaysia yang disimpan di dalam sistem pangkalan data di CCRIS pada hari ini. Data pinjaman yang diterima dari institusi kewangan oleh Bank Negara akan diproses oleh CCRIS kepada format laporan kredit, dimana ianya boleh diakses oleh mana-mana institusi kewangan apabila diminta oleh mereka.Laporan CCRIS akan menunjukkan jumlah pinjaman, interest dan caj-caj tertunggak pada setiap pinjaman anda termasuk jenis pinjaman (perumahan, peribadi, kad kredit, sewa beli dan overdraft). Ia juga memberi gambaran jumlah setiap bayaran bulanan yang perlu di bayar semula oleh peminjam kepada pihak bank untuk satu tahun (12 bulan). Laporan CCRIS juga memberitahu pinjaman yang yang telah dipohon serta maklumat ringkas terhadap saman atau bankrupsi.

Institusi kewangan selalunya akan menilai tahap kredit anda dengan menganalisa setiap pinjaman, baki pinjaman serta rekod bayaran pinjaman anda. Secara amnya, setiap institusi kewangan akan menolak permohonan anda sekiranya di dapati terdapat dua (2) bulan tertunggak untuk bayaran setiap pinjaman. Mereka juga akan menggunakan maklumat bayaran bulanan dan baki pinjaman yang sedia ada di dalam laporan CCRIS untuk mengira berapa banyak komitmen yang anda perlu tanggung setiap bulan. Maklumat ini akan digunakan untuk mengira DSR (Debt Service Ratio) anda setiap bulan. Ada sesetengah institusi kewangan akan menolak permohonan pinjaman perumahan sekiranya DSR berada pada tahap 50% atau lebih, namun tidak semua institusi kewangan begitu.
 

Services availableDelivery message
To submit enquiries or complaints to Bank Negara MalaysiaBNM TANYA [your enquiry/complaint] 
e.g: BNM TANYA how to obtain my credit history report without having to come to Bank Negara?
To obtain mailing address and contact details of Bank Negara MalaysiaBNM ALAMAT
To get information on how to obtain a credit report information (CCRIS)BNM CCRIS [e-mail address]
* Sender will be charged RM0.15 for sending a message and RM0.20 for receiving a message by the telecommunications service provider.
Note: The Bank will respond to a public query or complaint (via SMS service) within 3 working days.
Illustrated example: Sending your query

Illustrated example: Message received

Atau


Anda boleh mendapatkan laporan pinjaman anda dengan mengunjungi BNMLINK di:

Ground Floor, D Block, Jalan Dato’ Onn, Kuala Lumpur.
Tel: 1-300-88-5465 (1-300-88-LINK) (Overseas: 603-2174-1717)
Fax: 603-2174-1515
E-mail: bnmtelelink@ bnm.gov.my

Untuk maklumat lanjut berkenaan CCRIS layari: http://creditbureau.bnm.gov.my

1 comment:

  1. Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, juga jika anda ingin membeli rumah di atas ansuran bulanan kita juga boleh menjual rumah untuk anda. supaya Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com, Mungkin ada banyak sebab mengapa anda perlu akses kepada beberapa wang tunai tambahan - daripada yang tidak dijangka pembaikan kereta atau rumah untuk membayar perkahwinan anda atau cuti khas. Tetapi apa sahaja yang anda memerlukannya, apabila anda meminjam antara $ 5,000 USD untuk 100,000 USD di atas.

    pengkhususan Syarikat.
    1) Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%.
    2) Kami juga boleh membeli sebuah rumah pilihan anda dalam mana-mana lokasi pilihan anda

    ReplyDelete